Friday, 13 November 2015
Education Background
Hai... Hari ni rasa nak cerita tentang latar belakang pendidikan,haaa ...semua yang berlaku telah ditentukan oleh Allah. Kita kena manfaatkan dengan sebaik mungkin. Ramai diluar sana yang hendak belajar tapi tak dapat peluang ini. Disini bermulanya perjalanan saya, eh macam artis pula hahaha . Dulu masa umur 6 tahun saya sekolah di tadika sagil kampung . Lepas itu, sekolah rendah saya bersekolah di sekolah kebangsaan sagil kampung. Masa darjah 1-3 emak hantar saya ke sekolah, darjah 5-6 saya menunggang basikal ke sekolah. Pengalaman yang tidak boleh dilupakan . Pergi sekolah dengan kawan-kawan, masa tu memang seronok sangat . Kalau boleh nak putarkan balik masa tu tapi apakan daya itu semua hanya kenangan masa lalu. Lepas tamat sekolah rendah, saya bersekolah di sekolah menengah tun mamat. Selepas mendapat keputusan spm, saya telah ditawarkan untuk sambung belajar di Politeknik Ungku Omar yang juga dikenali 'puo' dalam bidang teknologi maklumat (pengaturcaraan). Bermula la hidupku sebagai pelajar ipta, disini saya dapat banyak pengalaman baru dan belajar erti berdikari serta erti persahabatan. Setiap yang berlaku telah mematangkan saya untuk menghaapi dugaan yang mendatang dengan lebih kuat. Selepas saya tamatkan belajar selama 3 tahun di 'puo', saya berehat selama 8 bulan sebelum membuat keputusan untuk sambung belajar ke peringkat 'degree' . Ibu ayah memberi nasihat supaya menyambung pelajaran supaya mempunyai masa depan yang terjamin . Saya telah ditawarkan belajar selama tiga tahun setengah di Universiti Tun Hussein Onn di Parit Raja, Batu Pahat dalam bidang yang sama masa diploma dulu iaitu sarjana muda teknologi maklumat. Saya bersyukur dengan rezeki yang Allah berikan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)



No comments:
Post a Comment