Thursday, 12 November 2015
Family Background
Assalamualaikum and salam 1 malaysia.
Terima kasih kerana sudi membaca blog saya . Sebelum menceritakan serba sedikit tentang latar belakang keluarga bahagia saya, saya memperkenalkan diri saya . Nama diberi Nuramanina Bt Ahmad, saya mempunyai personaliti tersendiri . Semua orang kata saya ini sombong tapi bila sudah kenal boleh gegar satu dunia hahaha . Saya dilahirkan pada tujuh januari 1993 di sebuah hospital kerjaan yang terletak di bandar Tangkak Johor. Saya mempunyai tiga orang adik beradik dan merupakan anak kedua dalam keluarga.
Saya mempunyai sebuah keluarga yang bahagia. Saya amat bersyukur kepada Allah kerana hidup saya lengkap dengan kehadiran insan yang bergelar ayah,ibu,abang dan adik yang membentuk keluarga saya. Ayah dan ibu merupakan individu yang paling saya sayangi dan hormati dalam hidup saya. Walaupun kadang kala saya gagal menurut perintah mereka dan melakukan kesilapan,mereka tetap menyayangi saya dan menasihati saya serta sentiasa mengharapkan yang terbaik untuk saya.
Saya juga mempunyai seorang abang dan seorang orang adik perempuan. Abang saya berusia 31 tahun dan adik saya berusia 15 tahun. Kami telah dididik dengan baik oleh kedua ibu bapa kami. Sekiranya kami melakukan kesilapan,ayah saya akan menasihati kami dengan cara yang baik dan tidak pernah menghukum kami. Saya dan adik saya boleh dikatakan sebagai individu yang memiliki sikap degil atau keras kepala. Tapi sebenarnya kami ngam antara satu sama lain
Setiap orang ada impian masing-masing, begitu juga dengan saya. Saya ingin mengetahui dengan lebih mendalam tentang sesuatu kerjaya sebelum menceburinya supaya saya akan dapat membuat keputusan mengikut minat saya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


No comments:
Post a Comment